Ahad, 24 April 2016

TIP KUATKAN INGATAN, MINIMUMKAN LUPA


Assalamaualaikum w.b.t
Sihat ye? Al'an ana nak share beberapa tip untuk kuatkan ingatan dan minimumkan lupa. seperti tajuk ana di atas ni. Almaklumlah ana nak sambung study lepas ni..insha Allah, awal bulan 6. Dkat Selangor. Universiti mana? itu rahsia..hehe :) okay, tip ni bukan je boleh diamalkan para pelajar, tapi juga semualah..mak ayah pakcik makcik atuk nenek tu boleh :D Tip ni ana dapat dari youtube. Tapi ana tak ingat ustaz mana yang beri, apa2 pun Insha Allah bermanfaat.

1. Jauhi dosa
     - Imam al-Syafie berakata:
        "Aku telah mengadu kepada guruku mengenai ingatan yang agak lemah" Beliau berkata ilmu        itu daripada Allah dan umpama cahaya, ia tidak akan diberikan kepada orang yang melakukan       dosa" Secara psikologinya, dosa yang dilakukan oleh manusia selalunya akan membelenggu perasannya sehingga timbul rasa tidak tenteram, rasa bersalah dan ragu-ragu.
          ~ini membuatkan ia hilang fokus perkara-perkara seperti menuntut ilmu

2. Sentiasa menyebut nama Allah dan berzikir
     -Allah berfirman, maksudnya "Ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa dan katakanlah" Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang daripada ini" (Surah al-Kahfi 18:24)

3. Amalkan pemakanan secara sederhana
    -Makan banyak boleh menyebabkan seseorang itu mengantuk dan malas. Hal ini cenderung bagi seseorang menghabiskan banyak waktu untuk tidur dan mengurangkan daya fokusnya untuk menuntut ilmu.


Jenis pemakanan yang boleh meningkatkan daya ingatan
*Imam al-Zuhry berakata:
"Kalian sepatutnya selalu mengambil madu kerana ia sangat baik untuk daya ingatan"
"Sesiapa yang ingin menghafal hadis, hendaklah ia makan kismis"
-Mengurangkan/mengelakkan makanan yang masam boleh menyebabkan rasa malas dan lemah ingatan.
-Elak daripada makan makanan segera, minuman berkarbonat, rokok dan bahan yang mengandungi monosodium glutamat (MSG).

       Pepatah Arab:
                               "Akal yang cerdas datang daripada tubuh badan yang sihat."

#Maka amalkanlah gaya hidup yang sihat dan bersenamlah selalu! :)

Setakat itu sahaja, fi hifzillah !

Wallahualam.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan