Ahad, 24 April 2016

Air Tangan Orang Tak Solat

       Semua orang tau bahawa kalau meniggalkan solat adalah dosa besar, malahan orang yang tak solat lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa a.s.

      Kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumah tangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati(nazar), "Kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam." Nak dijadikan cerita, Allah pun mengurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.

      Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza syariat dengan syariat yang turun untuk zaman umat Nabi Muhammad SAW. Kalau umat Nabi Muhammad nazar benda yang haram, maka tidak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barangsiapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang mendapat anak tu, dengan susah hatinya pergi berjumpa Nabi Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya.

      Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki itu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air itu. Lelaki itu pun dengan senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.

      Lihatlah betapa hinanya orang yang meninggalkan solat sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina daripada air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, bukan air tangan lagi. Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan makanan ibu dan isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat(kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan, nasi dan sebagainya. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang yang tinggalkan solat. Tak tergamak, kan?

      Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum". Maksudnya, "Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu".



#Daripada kisah ini, solat membuktikan bahawa taraf seseorang itu di sisi Allah, Allah akan mengangkat darjat orang yang beriman, bila ku pikir semula, tentang tangan orang tidak solat itu, ramai antara kita selalu makan di luar kan? Ada yang menjadi rutin hidupnya, kerana terpaksa disebabkan kesibukan kerja. Jadi, umat Islam perlu bijak untuk membeli makanan. Pastikan makanan yang dibeli bukan sahaja halalan tayyiban tetapi melihat dari siapa kita membelinya. Kalau boleh elakkan membeli makanan di luar di samping untuk menjaga kesihatan :) Wallahualam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan