Ahad, 16 Mei 2021

COME BACK !

 Bismillahirrahmanirrahim...


MashaAllah tak sangka blog ini masih ada. Kali terakhir menulis adalah pada tahun 2016, sebelum sambung belajar Diploma. Sekarang dah tahun 2 Ijazah Sarjana Muda di IPTA. Alhamdulillah masih diberi nafas untuk menghirup udara dari Allah SWT dan beribadah juga membaiki diri


Moga selepas ini boleh terus aktif menulis lagi (betul ke?) hehe.. harapnya begitulah. Saya cuba. Buat yang membaca coretan ini, doakan saya ya semoga dipermudahkan urusan sepanjang pengajian. InshaAllah ada setahun sahaja lagi sebelum saya melangkah ke alam pekerjaan (atau sambung Master INSHALLAH). Selain itu, sekarang saya dah mula bergiat aktif dalam bidang perniagaan. Perniagaan yang mudah sahaja iaitu sebagai agen Resume Kreatif. Apa yang mudah? Mudahnya apabila saya tak perlu lagi hantar, cod dan post barang. Malah tak perlu keluarkan apa-apa modal sekalipun. Alhamdulillah. Saya juga ada anak-anak buah yang saya latih dan beri tunjuk ajar dari segi Product Knowledge, Marketing, Close sale dan sebagainya. Lepas ini, nak cuba ajar cara saving pula. 


Itu sahaja update harini (17/5/2021),  perlu rehat untuk teruskan kelas online seterusnya. Assalamualaikum ! 


Kedah